Wednesday, 12 February 2014

KURSUS/BENGKEL PEMANTAPAN SPS 2014

Dimaklumkan kepada semua Guru GPB@ICT sekolah-sekolah Zon Ayer Hitam bahawa kursus/bengkel hands on yang tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :


Tarikh                 : 12/02/2014 (Rabu)
Masa                  : 2.30 petang
Tempat               : Bilik Kuliah, Tingkat 1, PKG Ayer Hitam
Pakaian               : Rasmi atau yang bersesuaian

2. Sehubungan dengan itu diingatkan tuan/puan diarapkan dapat membawa bersama set komputer, extension wire, data guru dan murid sekolah tuan/puan.

3 Bagi membantu tuan/puan mencapai objektif kursus dengan ini disertakan url bahan-bahan kursus yang tersebut seperti berikut:

https://drive.google.com/folderview?id=0B3NQOrWff8yyTDFubzhINndwbTg&usp=sharing

Sekian. Segala pertanyaan sila hubungi En. Mesri Bin Sanip di talian telefon bimbit  013-7821123 atau telefon pejabat 07-7581106

Terima Kasih.

SYMP

MESRI BIN SANIP
PTP 1
PKG AYER HITAM

Thursday, 18 August 2011

PERATUS KEMAJUAN SSQS NEGERI JOHOR SEHINGGA 18 OGOS 2011














BIL PKG DAERAH JUMLAH SEKOLAH % KEMAJUAN 10 OGOS 2011 % KEMAJUAN 15 OGOS 2011 % KEMAJUAN 16 OGOS 2011 % KEMAJUAN 17 OGOS 2011
1 PKG ENDAU MERSING 13 76.68 97.89 99.38 100.00
2 SEROM MUAR 16 46.47 96.47 99.60 100.00
3 YONG PENG BATU PAHAT 18 55.82 85.84 97.31 98.84
4 PARIT JAWA MUAR 16 44.25 90.22 92.84 98.59
5 BANDAR SEGAMAT SEGAMAT 28 77.77 94.47 97.93 98.10
6 SG BALANG MUAR 15 22.69 60.86 98.06 98.06
7 SEGAMAT BARU SEGAMAT 26 93.42 95.47 96.53 97.15
8 KLUANG TIMUR KLUANG 33 61.05 76.20 90.71 97.07
9 ULU TIRAM PASIR GUDANG 31 78.46 84.39 90.32 95.36
10 TONGKANG PECAH BATU PAHAT 18 45.70 75.81 91.31 95.25
11 KUKUP PONTIAN 22 30.13 66.79 85.70 95.09
12 PARIT BUNGA MUAR 19 36.76 67.23 86.59 94.48
13 BAKRI MUAR 18 57.44 87.10 93.64 94.27
14 BANDAR MAS KOTA TINGGI 22 47.80 65.76 83.80 94.06
15 BANDAR MERSING MERSING 32 62.55 88.91 92.19 93.75
16 PARIT SETONGKAT MUAR 21 63.67 88.33 88.94 92.93
17 LABIS SEGAMAT 28 62.15 86.75 89.63 92.86
18 JALAN TENGKU BENDAHARA MUAR 22 59.90 80.57 86.44 92.38
19 BANDAR KULAI KULAI 37 46.77 66.30 86.01 92.20
20 PERMAS JAYA PASIR GUDANG 25 67.68 83.16 88.19 92.00
21 BANDAR KOTA TINGGI KOTA TINGGI 45 41.90 70.57 78.64 90.53
22 BUKIT GAMBIR MUAR 24 27.69 63.04 77.29 88.71
23 BULOH KASAP SEGAMAT 26 41.63 76.68 82.44 88.18
24 PASIR GUDANG PASIR GUDANG 43 66.47 76.52 83.20 87.55
25 SG SAYONG KULAI 31 43.96 61.60 73.99 86.18
26 TASEK UTARA JOHOR BAHRU 34 26.57 51.00 66.56 84.87
27 LENGA MUAR 25 27.42 51.42 66.97 84.22
28 PENGGARAM BATU PAHAT 26 38.96 56.45 74.32 83.44
29 SENGGARANG BATU PAHAT 24 35.62 62.30 75.81 81.85
30 PALOH KLUANG 14 41.94 57.60 68.66 81.81
31 BAGAN BATU PAHAT 15 56.24 72.80 75.81 81.63
32 PEKAN NENAS PONTIAN 20 42.18 55.40 73.23 80.96
33 MAJIDEE JOHOR BAHRU 34 46.68 56.07 71.49 80.93
34 PENGERANG KOTA TINGGI 28 24.54 62.56 74.02 79.67
35 KOMPLEKS UDA JOHOR BAHRU 33 24.83 34.80 59.78 78.89
36 AYER HITAM BATU PAHAT 15 26.56 52.04 63.01 78.82
37 RENGGAM KLUANG 35 35.94 54.93 66.41 78.43
38 BANDAR PONTIAN PONTIAN 27 33.03 60.15 64.34 78.32
39 GELANG PATAH JOHOR BAHRU 38 25.80 40.70 57.51 78.31
40 BANDAR KLUANG KLUANG 30 45.81 55.59 67.31 78.30
41 BENUT PONTIAN 26 23.70 41.69 58.50 68.18
42 SERI MEDAN BATU PAHAT 13 12.78 29.03 38.96 68.06
43 PARIT RAJA BATU PAHAT 24 22.25 42.94 50.40 66.39
44 TANGKAK MUAR 28 20.56 50.86 52.88 64.75
45 PARIT SULONG BATU PAHAT 15 21.61 30.32 49.57 62.44
JUMLAH 1133 44.26 66.79 77.92 86.53

Sunday, 20 March 2011

Android 2.2.1 froyo

Testing update blog from xperia x10 2.2.1


Wednesday, 20 June 2007

TV Web Bakal Muncul Di Sekolah Anda!


Rancangan terbitan BTP terap elemen pembelajaran, pengajaran

TV Web yang menggantikan TV Pendidikan akan berwajah baru dengan
menampilkan kandungan menarik dan berbeza berbanding program sedia ada,
malah disuntik beberapa elemen yang menumpu kepada proses pembelajaran dan
pengajaran (P&P) seperti disediakan Kementerian Pelajaran.


Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran,
Datuk Yusoff Harun, berkata selain pengisian berasaskan kurikulum,
TV Web akan diselitkan komponen seperti hal ehwal semasa, wawancara,
video dan siaran langsung yang memaparkan maklumat terkini serta
padat.

Katanya, BTP bertanggungjawab dalam penyediaan rancangan kurikulum dalam
TV Web dan memberi penekanan terhadap kualiti bahannya.

“Semua rancangan dihasilkan BTP mengikuti prosedur yang disahkan SIRIM QAS
International sebagai telah mencapai tahap kualiti antarabangsa MS ISO
9001:2000.

“Tumpuan turut diberikan kepada usaha memperluaskan skop TV Web dengan
meletakkan fokus terhadap usaha membimbing guru mengaplikasikan rancangan
itu dalam proses P&P,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.

Yusoff berkata, pihaknya berharap guru memanfaatkan program TV Web dengan
sebaik mungkin. Ini bagi membantu mereka menggunakan kaedah berkesan ke
arah mewujudkan iklim pembelajaran lebih bermakna dan berkesan.

“Usaha itu akan dijalankan dengan kerjasama Pusat Sumber Pendidikan
Negeri, Pusat Kegiatan Guru serta pakar teknologi komunikasi dan maklumat
(ICT) yang terbabit secara langsung dalam pembangunan TV Web,” katanya.

Yusoff berkata, pembangunan TV Web dijangka selesai tidak lama lagi dan ia
akan dilaksanakan berperingkat tahun ini berdasarkan perancangan
peningkatan perkakasan dan jalur lebar SchoolNet.

Ketika ini katanya, siaran TV Pendidikan terbatas dari jam 9.00 hingga
11.30 pagi yang disiarkan menerusi saluran TV9 dan saluran 22 di Astro.

“Kebanyakan guru dan murid termasuk di Sabah dan Sarawak selalu menghadapi
masalah mengikuti pembelajaran melalui TV Pendidikan termasuk masa
tayangannya terhad.

“Kekangan itu mengganggu jadual guru yang sepatutnya dijadikan panduan
dalam proses P&P di sekolah, katanya.

Yusoff berkata, penyaluran rancangan TV Pendidikan menerusi TV Web
membolehkan BTP memantau serta menilai setiap rancangan, sekali gus
mempertingkat mutu dan memperkembangkan skopnya serta tidak terikat dengan
rancangan sedia ada.

Katanya, pembangunan TV Web dibuat selaras perkembangan ICT di negara ini
dan disifatkan sesuai bagi merevolusikan TV Pendidikan supaya dapat
diakses murid dan guru seluruh negara.

BH

Tuesday, 12 June 2007

Pusat Akses Sekolah-sekolah Zon Ayer Hitam



Nama sekolah yang terlibat mengikut fasa pembangunan.
....

Fasa 1 (Sept-Dis 2006)
JBA0081 SK Aye Hitam

Fasa 2 (Jan-Mac 2007)
Tiada

Fasa 3 (Mac-Mei 2007
JBA0046 SK Sabak Uni
JBA0051 SK Parit Bingan
JBA0086 SK Kota Dalam

Fasa 4 (Jun-Nov 2007)
JEE0034 SMK Datuk Menteri
JBA0083 SK Bukit Kuari
JBA0088 SK Seri Paya
JBA0092 SK Seri Bulan
JBA0039 SK Seri Mendapat
JBA0085 SK Seri Bandan
JBA0043 SK Seri Bunut
JBA0050 SK Seri Kemajuan
JBA0047 SK Setia Jaya
JBC0023 SJKC Malayan
JBC0019 SJKC Kong Nan


Objektif

Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan
Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran
Merapatkan jurang IT dikalangan sekolah bandar dan luar bandar
Sebagai pusat rujukan atau syber bagi pelajar, guru dan komuniti untuk mengakses internet.

Matlamat
Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

Konsep

1) Mengunakan lain Schoolnet yang disambungkan dari Router/ADSL makmal komputer sekolah.
2) Mempunyai bilik sendiri samada luas 1 bay atau 1 kelas mengikut kemampuan sekolah.
3) Dibekalkan dengan peralatan IT:
a) Hub/switch - 1 unit
b) Kabel RJ45 untuk sambungan/networking
c) Komputer - 10 unit
d) Pencetak - 1 unit
e) Kerusi & meja - 10 unit
4) dibekalkan dengan peralatan bangunan
a) Sekatan dinding bagi 1 bay
b) Grill pintu & tingkap
c) Alarm - 1 unit

Cara Beroperasi
Semasa dan selepas waktu persekolahan
Digalakkan beroperasi pada hujung minggu dengan pengawasan oleh pihak sekolah