SSQS

 Pengisian Data SSQS On-Line bagi negeri-negeri Zon Selatan adalah bermula pada 25 Julai 2011 hingga 20 Ogos 2011.

Bilangan Responden SSQS

Sekolah Gred A dan B
- 1 Pentadbir (Pengetua/Guru Besar sahaja)
- 1 GPB/Guru ICT
- 30 guru (5 guru dari setiap 6 subjek teras)
- 30 murid (5 murid dari setiap 6 subjek teras)
- Jumlah Responden = 62

Sekolah Gred SKM
- 1 Pentadbir (Pengetua/Guru Besar sahaja)
- 1 GPB/Guru ICT
- 6 guru (1 guru dari setiap 6 subjek teras)
- 6 murid (1 murid dari setiap 6 subjek teras)
- Jumlah Responden = 14

PANDUAN KEPADA SEKOLAH TATACARA MELENGKAPKAN MAKLUMAT  SSQS
Sila klik Logo SSQS ini :

Isu-isu SSQS
Salam tn/pn,

1. Dimaklumkan oleh pihak BTP sekiranya sekolah-sekolah dari PKG lain TERMASUK di dalam senarai PKG tuan maka dipohon kerjasama dari PKG asalnya untuk sama-sama memantau kemajuan pengisian SSQS sekolah tersebut. Senarai tersebut tidak perlu diubahsuai kerana pihak pentadbir server BTP SSQS bimbang akan berlaku kecelaruan data yg boleh menjejaskan keseluruhan sistem.


2. Tempoh 1 minggu sebelum tarikh tamat pengisian responden SSQS adalah tempoh yang paling KRITIKAL. Banyak sekolah yag gagal mengisinya dengan sempurna di saat-saat akhir pada tahun-tahun yang lalu.


3. Oleh itu kami memohon jasa baik tuan untuk sentiasa mengingatkan guru yang dilantik selaku Pentadbir Data SSQS Sekolah akan tanggungjawab mereka untuk menyegerakan pengisian data tersebut.


Terima kasih atas kerjasama cemerlang tuan/puan.

Mokhtar Bin Omar
Unit PICT
BTPN Johor