Rancangan terbitan BTP terap elemen pembelajaran, pengajaran
TV Web yang menggantikan TV Pendidikan akan berwajah baru dengan
menampilkan kandungan menarik dan berbeza berbanding program sedia ada,
malah disuntik beberapa elemen yang menumpu kepada proses pembelajaran dan
pengajaran (P&P) seperti disediakan Kementerian Pelajaran.
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran,
Datuk Yusoff Harun, berkata selain pengisian berasaskan kurikulum,
TV Web akan diselitkan komponen seperti hal ehwal semasa, wawancara,
video dan siaran langsung yang memaparkan maklumat terkini serta
padat.
Katanya, BTP bertanggungjawab dalam penyediaan rancangan kurikulum dalam
TV Web dan memberi penekanan terhadap kualiti bahannya.
“Semua rancangan dihasilkan BTP mengikuti prosedur yang disahkan SIRIM QAS
International sebagai telah mencapai tahap kualiti antarabangsa MS ISO
9001:2000.
“Tumpuan turut diberikan kepada usaha memperluaskan skop TV Web dengan
meletakkan fokus terhadap usaha membimbing guru mengaplikasikan rancangan
itu dalam proses P&P,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.
Yusoff berkata, pihaknya berharap guru memanfaatkan program TV Web dengan
sebaik mungkin. Ini bagi membantu mereka menggunakan kaedah berkesan ke
arah mewujudkan iklim pembelajaran lebih bermakna dan berkesan.
“Usaha itu akan dijalankan dengan kerjasama Pusat Sumber Pendidikan
Negeri, Pusat Kegiatan Guru serta pakar teknologi komunikasi dan maklumat
(ICT) yang terbabit secara langsung dalam pembangunan TV Web,” katanya.
Yusoff berkata, pembangunan TV Web dijangka selesai tidak lama lagi dan ia
akan dilaksanakan berperingkat tahun ini berdasarkan perancangan
peningkatan perkakasan dan jalur lebar SchoolNet.
Ketika ini katanya, siaran TV Pendidikan terbatas dari jam 9.00 hingga
11.30 pagi yang disiarkan menerusi saluran TV9 dan saluran 22 di Astro.
“Kebanyakan guru dan murid termasuk di Sabah dan Sarawak selalu menghadapi
masalah mengikuti pembelajaran melalui TV Pendidikan termasuk masa
tayangannya terhad.
“Kekangan itu mengganggu jadual guru yang sepatutnya dijadikan panduan
dalam proses P&P di sekolah, katanya.
Yusoff berkata, penyaluran rancangan TV Pendidikan menerusi TV Web
membolehkan BTP memantau serta menilai setiap rancangan, sekali gus
mempertingkat mutu dan memperkembangkan skopnya serta tidak terikat dengan
rancangan sedia ada.
Katanya, pembangunan TV Web dibuat selaras perkembangan ICT di negara ini
dan disifatkan sesuai bagi merevolusikan TV Pendidikan supaya dapat
diakses murid dan guru seluruh negara.
BH
Wednesday, 20 June 2007
TV Web Bakal Muncul Di Sekolah Anda!
Tuesday, 12 June 2007
Pusat Akses Sekolah-sekolah Zon Ayer Hitam
Nama sekolah yang terlibat mengikut fasa pembangunan.
....
Fasa 1 (Sept-Dis 2006)
JBA0081 SK Aye Hitam
Fasa 2 (Jan-Mac 2007)
Tiada
Fasa 3 (Mac-Mei 2007
JBA0046 SK Sabak Uni
JBA0051 SK Parit Bingan
JBA0086 SK Kota Dalam
Fasa 4 (Jun-Nov 2007)
JEE0034 SMK Datuk Menteri
JBA0083 SK Bukit Kuari
JBA0088 SK Seri Paya
JBA0092 SK Seri Bulan
JBA0039 SK Seri Mendapat
JBA0085 SK Seri Bandan
JBA0043 SK Seri Bunut
JBA0050 SK Seri Kemajuan
JBA0047 SK Setia Jaya
JBC0023 SJKC Malayan
JBC0019 SJKC Kong Nan
Objektif
Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan
Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran
Merapatkan jurang IT dikalangan sekolah bandar dan luar bandar
Sebagai pusat rujukan atau syber bagi pelajar, guru dan komuniti untuk mengakses internet.
Matlamat
Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid
Konsep
1) Mengunakan lain Schoolnet yang disambungkan dari Router/ADSL makmal komputer sekolah.
2) Mempunyai bilik sendiri samada luas 1 bay atau 1 kelas mengikut kemampuan sekolah.
3) Dibekalkan dengan peralatan IT:
a) Hub/switch - 1 unit
b) Kabel RJ45 untuk sambungan/networking
c) Komputer - 10 unit
d) Pencetak - 1 unit
e) Kerusi & meja - 10 unit
4) dibekalkan dengan peralatan bangunan
a) Sekatan dinding bagi 1 bay
b) Grill pintu & tingkap
c) Alarm - 1 unit
Cara Beroperasi
Semasa dan selepas waktu persekolahan
Digalakkan beroperasi pada hujung minggu dengan pengawasan oleh pihak sekolah
Subscribe to:
Posts (Atom)